Sunday, March 6, 2016

Syarat Kelayakan Untuk Menjadi Guru

Permohonan IPG Institut Pendidikan Guru 2016 Online

Syarat Kelayakan Akademik Menjadi Guru

Berikut dikongsikan informasi bagaimana hendak menjadi guru atau cikgu. Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di Universiti Awam adalah untuk menyediakan guru sekolah menengah/ SMK manakala program di IPGM (dahulunya Maktab Perguruan) adalah untuk sekolah rendah (sekolah kebangsaan/ SK)

Lepasan Matrikulasi/ STPM/ Diploma - Mohon Universiti Awam (UA) Kursus Ijazah Pendidikan
Mohon ke IPG untuk mendapatkan Ijazah

A) Guru Sekolah Menengah dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)

Memohon Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (khusus dalam bidang tertentu) di UA. 

Permohonan melalui UPU online

Diploma Pendidikan/ KPLI untuk lepasan Ijazah Sarjana Muda kini tidak lagi ditawarkan di sebabkan telah ada program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di atas.

B) Guru Sekolah Kebangsaan (SK)/ Sekolah Rendah

Memohon program pengajian di Institut Pendidikan Guru (IPG)

Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PPISMP) selama setahun

Jika lulus PPISMP, anda layak ke Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) selama 4 tahun.

Jika anda mempunyai Ijazah Lulusan Luar Negara, pelajar boleh menyambung pengajian di PISMP tahun ke 4.

Kepada yang berminat sila bookmark page ini Permohonan IPG Institut Pendidikan Guru PPISMP 2016 Online. Tarik rasmi permohonan di buka akan dikemaskini dari masa kesemasa. Semoga anda semua berjaya dalam permohonan IPG 2016 ini nanti.

Cara Hubungi IPG

Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan :                  
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200
PERSIARAN APEC, CYBER 6,63000 CYBERJAYA

(u.p: Unit Pengambilan Pelajar, Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan Luar)

No. Telefon : 03-8312 6720/6758/6731/6733/6769/6723/6760

1 comment:

  1. Your Affiliate Profit Machine is waiting -

    And getting it running is as easy as 1...2...3!

    Follow the steps below to make money...

    STEP 1. Choose affiliate products you want to promote
    STEP 2. Add PUSH BUTTON TRAFFIC (it LITERALLY takes 2 minutes)
    STEP 3. See how the system explode your list and up-sell your affiliate products on it's own!

    Are you ready to start making money??

    Click here to start running the system

    ReplyDelete