Panduan
Permohonan dan Cara Mengisi Borang UPU secara Online untuk kemasukan ke IPTA/
Matrikulasi/ ILKA dan Politeknik Sesi
Akademik 2016/2017. Adalah penting bagi pemohon memahami mdan melakukan setiap
prosedur permohonan dengan betul kerana sedikit kesilapan akan menggagalkan
anda.
Oleh
itu fahami dan lakukan ia mengikut setiap arahan yang telah diberikan dalam
tempoh masa yang telah di tetapkan.
Permohonan
UPU Secara Online akan mula di BUKA pada 18 Januari 2016 (jam 12 tengahari) dan
di TUTUP pada 5 April 2016 (jam 4 petang)
Prosedur
atau Cara Memohon UPU secara Online
1.
Beli nombor pin Unik ID UPU (nombor Pin UPU)
Nombor
pin Unik ID UPU (nombor Pin UPU) ini hanya boleh dibeli di kaunter atau mesin
ATM Bank Simpanan Nasional seluruh negara.
Terdapat
dua Kategori pilihan Nombor pin Unik ID UPU (nombor Pin UPU)
Kategori
A (harga RM15.64) - Untuk lepasan SPM/Setaraf, SKM, Sijil Politeknik, Sijil
Kolej Komuniti, Sijil ILKA.
Kategori
A (harga RM15.64) - Untuk lepasan STPM/Setaraf, Matrikulasi KPM/PASUM/Asasi,
Diploma/Setaraf, STAM, Diploma Politeknik.
Cara
Beli Nombor Pin UPU Di BSN
Mula
dijual pada 18 Jan 2016 sehingga 4 April 2016
A.
Cawangan BSN
Pergi
kemana-mana cawangan BSN di sekitar anda.
Bawa
kad pengenalan (IC) dan wang secukupnya.
Anda
akan diberikan nombor Pin UPU dengan serta merta. Simpan resit nombor Pin UPU
sebagai rujukan.
B.
Mesin ATM (Mesti ada kad ATM BSN)
Masukkan
kad dan nombor Pin
Pilih
Urusan - 'Beli Pin'
Pilih
Jenis Permohonan - 'IPTA'
Pilih
jenis Program IPTA - 'SPM' atau 'STPM'
Masukkan
Nombor Kad Pengenalan/ Mykad
'YA'
- untuk meneruskan urusan
Semak
maklumat
Klik
'SETUJU' untuk meneruskan urusan, dan 'BATAL' untuk membatalkan urusan
Resit
dicetak.
2.
Isi Borang UPU Online
Sila
ke laman web permohonan UPU di sini: http://upu.mohe.gov.my/web/
Selepas
klik, sila pilih Jenis Permohonan, Program Pengajian & Kategori (jika
berkenaan) dan klik butang "Masuk" untuk akses ke laman utama
permohonan.
Rujukan
Maklumat dan Informasi:
Portal
Rasmi: http://upu.mohe.gov.my
Facebook:
FB Rasmi UPU
Instagram:
INSTAGRAM @kemasukanbpkp
Talian
Helpline: (03) 88706767 atau (03) 8870
6777. (Hanya hari bekerja - jam 7.30 pagi hingga 5.30 petang)
No comments:
Post a Comment