Sunday, March 6, 2016

Senarai Orang Terkaya Di Malaysia 2016

Senarai terkini individu terkaya di Malaysia 2016 telah dikeluarkan oleh Majalah Forbes. Jelas sekali jumlah kekayaan telah merosot begitu ketara sekali berbanding 2015. 

Ini adalah disebabkan oleh situasi ekonomi yang terjejas akibat kejatuhan nilai Ringgit Malaysia (RM) dan harga bahan komuditi terutama minyak yang jatuh merudum.

Jumlah billionair (dalam nilai USD) di Malaysia juga telah menurun dari 16 kepada hanya 12 individu.

Berikut adalah senarai 10 individu terkaya di Malaysia yang tersenarai dalam Top 50 Forbes 2016.

Robert Kuok Hock Nien - AS$10 bilion (palm oil/shipping/real estate)

Ananda Krishnan - AS$7.4 bilion (multimedia)

Quek Leng Chan - AS$5.3 bilion (banking, real estate)

Teh Hong Piow - AS$4.65 bilion (banking)

Lee Shin Cheng - AS$4.6 bilion (palm oil, real estate)

Lim Kok Thay - AS$4.55 bilion (casinos)

Yeoh Tiong Lay - AS$2.25 bilion (construction, real estate)

Lau Cho Kun - AS$1.55 bilion (palm oil/real estate)

Syed Mokhtar AlBukhary - AS$1.45 bilion (diversified)

Surin Upatkoon - AS$1.15 bilion (telecoms/lotteries/insurance)

Berikut adalah senarai individu Melayu Terkaya Di Malaysia (Dalam Senarai Top 50 Malaysia) tahun 2016

Tan Sri Syed Mokhtar Al­bu­­khary - AS$1.45 billion (No. 9 Malaysia)

Ahmayuddin bin Ahmad - AS$575 juta (No. 24 Malaysia)

Tan Sri Shahril Shamsuddin dan Datuk Shahriman Shamsuddin - AS$485 juta (No. 27 Malaysia)

Tan Sri Mokhzani Mahathir - AS$480 juta (No. 28 Malaysia)

Tan Sri Azman Hashim - AS$465 juta (No. 31 Malaysia)

Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim - AS$245 juta (No. 42 Malaysia)


Datuk Kamarudin Meranun - AS$225 juta (No. 46 Malaysia)

Senarai lengkap di sini:

http://www.forbes.com/malaysia-billionaires/list/#tab:overall

Cara Isi Borang UPU Online Sesi 2016/2017

Permohonan UPU Online ke IPTA Sesi 2016/2017


Panduan Permohonan dan Cara Mengisi Borang UPU secara Online untuk kemasukan ke IPTA/ Matrikulasi/  ILKA dan Politeknik Sesi Akademik 2016/2017. Adalah penting bagi pemohon memahami mdan melakukan setiap prosedur permohonan dengan betul kerana sedikit kesilapan akan menggagalkan anda.

Oleh itu fahami dan lakukan ia mengikut setiap arahan yang telah diberikan dalam tempoh masa yang telah di tetapkan.

Permohonan UPU Secara Online akan mula di BUKA pada 18 Januari 2016 (jam 12 tengahari) dan di TUTUP pada 5 April 2016 (jam 4 petang)

Prosedur atau Cara Memohon UPU secara Online

1. Beli nombor pin Unik ID UPU (nombor Pin UPU)
Nombor pin Unik ID UPU (nombor Pin UPU) ini hanya boleh dibeli di kaunter atau mesin ATM Bank Simpanan Nasional seluruh negara.

Terdapat dua Kategori pilihan Nombor pin Unik ID UPU (nombor Pin UPU)

Kategori A (harga RM15.64) - Untuk lepasan SPM/Setaraf, SKM, Sijil Politeknik, Sijil Kolej Komuniti, Sijil ILKA.

Kategori A (harga RM15.64) - Untuk lepasan STPM/Setaraf, Matrikulasi KPM/PASUM/Asasi, Diploma/Setaraf, STAM, Diploma Politeknik.

Cara Beli Nombor Pin UPU Di BSN

Mula dijual pada 18 Jan 2016 sehingga 4 April 2016

A. Cawangan BSN

Pergi kemana-mana cawangan BSN di sekitar anda.

Bawa kad pengenalan (IC) dan wang secukupnya.

Anda akan diberikan nombor Pin UPU dengan serta merta. Simpan resit nombor Pin UPU sebagai rujukan.

B. Mesin ATM (Mesti ada kad ATM BSN)

Masukkan kad dan nombor Pin

Pilih Urusan - 'Beli Pin'

Pilih Jenis Permohonan - 'IPTA'

Pilih jenis Program IPTA - 'SPM' atau 'STPM'

Masukkan Nombor Kad Pengenalan/ Mykad

'YA' -  untuk meneruskan urusan

Semak maklumat

Klik 'SETUJU' untuk meneruskan urusan, dan 'BATAL' untuk membatalkan urusan
Resit dicetak.

2. Isi Borang UPU Online


Sila ke laman web permohonan UPU di sini: http://upu.mohe.gov.my/web/
Selepas klik, sila pilih Jenis Permohonan, Program Pengajian & Kategori (jika berkenaan) dan klik butang "Masuk" untuk akses ke laman utama permohonan.

Rujukan Maklumat dan Informasi:

Portal Rasmi: http://upu.mohe.gov.my
Facebook: FB Rasmi UPU
Instagram: INSTAGRAM @kemasukanbpkp

Talian Helpline:  (03) 88706767 atau (03) 8870 6777. (Hanya hari bekerja - jam 7.30 pagi hingga 5.30 petang)

Permohonan Kerjaya Guru (PISMP) di Institut Pendidikan Guru (IPG) 2016

Permohonan IPG Institut Pendidikan Guru 2016 Online


Permohonan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru (IPG) ambilan tahun 2016 boleh dibuat secara atas talian (online) melalui sistem Aplikasi Permohonan Program Perguruan Kementerian Pendidikan Malaysia yang akan dibuka kepada capaian pemohon.

KETERANGAN PROGRAM

Nama Program: Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.

Pemohon dikehendaki mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama 12 bulan atau 2 semester di IPG yang ditetapkan oleh KPM

Syarat Dan Kelayakan Asas

Warganegara Malaysia

Berumur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2016 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1996

Sihat tubuh badan

Aktif dalam kegiatan kokurikulum

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh gred cemerlang dalam mana-mana 5 mata pelajaran

Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran yang berikut, iaitu:

1. Bahasa Melayu
2. Sejarah
Lulus Bahasa Inggeris

Memenuhi syarat bidang pengkhususan

Tarikh Sistem Aplikasi Permohonan IPG PISMP 2016 Dibuka

Permohonan akan mula dibuka pada 10 Mac 2016.

Tarikh Tutup Permohonan: 27 Mac 2016 (11: 59 malam)

# Guru Kerjaya Yang Mulia

Syarat Kelayakan Untuk Menjadi Guru

Permohonan IPG Institut Pendidikan Guru 2016 Online

Syarat Kelayakan Akademik Menjadi Guru

Berikut dikongsikan informasi bagaimana hendak menjadi guru atau cikgu. Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di Universiti Awam adalah untuk menyediakan guru sekolah menengah/ SMK manakala program di IPGM (dahulunya Maktab Perguruan) adalah untuk sekolah rendah (sekolah kebangsaan/ SK)

Lepasan Matrikulasi/ STPM/ Diploma - Mohon Universiti Awam (UA) Kursus Ijazah Pendidikan
Mohon ke IPG untuk mendapatkan Ijazah

A) Guru Sekolah Menengah dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)

Memohon Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (khusus dalam bidang tertentu) di UA. 

Permohonan melalui UPU online

Diploma Pendidikan/ KPLI untuk lepasan Ijazah Sarjana Muda kini tidak lagi ditawarkan di sebabkan telah ada program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di atas.

B) Guru Sekolah Kebangsaan (SK)/ Sekolah Rendah

Memohon program pengajian di Institut Pendidikan Guru (IPG)

Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PPISMP) selama setahun

Jika lulus PPISMP, anda layak ke Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) selama 4 tahun.

Jika anda mempunyai Ijazah Lulusan Luar Negara, pelajar boleh menyambung pengajian di PISMP tahun ke 4.

Kepada yang berminat sila bookmark page ini Permohonan IPG Institut Pendidikan Guru PPISMP 2016 Online. Tarik rasmi permohonan di buka akan dikemaskini dari masa kesemasa. Semoga anda semua berjaya dalam permohonan IPG 2016 ini nanti.

Cara Hubungi IPG

Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan :                  
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200
PERSIARAN APEC, CYBER 6,63000 CYBERJAYA

(u.p: Unit Pengambilan Pelajar, Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan Luar)

No. Telefon : 03-8312 6720/6758/6731/6733/6769/6723/6760

Jawatan Kosong Petronas di Sabah dan Sarawak

Kerja kosong Petronas


Peluang pekerjaan dibuka kepada Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas untuk mengisi jawatan kosong PETRONAS Lubricants Marketing (M) Sdn Bhd. Kekosongan jawatan yang ditawarkan ialah :-

TECHNICAL SERVICE EXECUTIVE - Sabah & Sarawak

Tarikh tutup : 18 MAC 2016

Calon yang berminat, sila isi permohonan jawatan kosong Petronas secara online sahaja.

Alamat :-
PETRONAS Lubricants Marketing (M) Sdn Bhd
Level 26 & 27,
Tower 2, ETIQA Twins,
11 Jalan Pinang,

50450 Kuala Lumpur.

Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Perak


Permohonan dibuka kepada Warganegara Malaysia Rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan yang berumur 18 tahun dan ke atas serta berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak. Kekosongan jawatan yang ditawarkan ialah :-

1. PEGAWAI TADBIR GRED N41
  
2. PEMBANTU TADBIR (P/O) GRED N17
  
Tarikh tutup : 11 & 25 MAC 2016

Calon yang berminat, sila lengkapkan borang permohonan jawatan kosong di atas berserta salinan kad pengenalan, sijil kelahiran, salinan ijazah (jika berkaitan), sijil-sijil akademik, resume lengkap terkini dan sekeping gambar terkini berukuran pasport. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada :-

Setiausaha Bahagian
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak
Aras 3, Bangunan Perak Darul Ridzuan
30000 Ipoh,

Perak Darul Ridzuan.

Jabatan Imigresen Malaysia – Terbuka Sepanjang Tahun 2016


Jabatan Imigresen Malaysia mempelawa pemohon yang berminat, memenuhi syarat dan berasal daripada warganegara Malaysia untuk mengisi 1,646 kekosongan jawatan yang ditawarkan seperti di bawah :

1. Pegawai Imigresen Malaysia KP17
2. Penolong Penguasa Imigresen / Penguasa Imigresen KP27-KP54

Tarikh tutup permohonan : Terbuka 2016

Lokasi : Seluruh Malaysia